MARANG: Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan dengan Jeti Sungai Kerak, di sini ditemukan lemas awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Razman Setapa berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang menerima laporan mengenai kejadian menimpa mangsa yang berusia 18 tahun itu jam 11.25 malam pada Sabtu.
Menurutnya, kejadian itu dilihat oleh dua anggota polis yang ketika itu sedang menjalankan pemeriksaan pencegahan jenayah terhadap beberapa individu di hadapan sebuah rumah berdekatan jeti terbabit.
"Dua anggota polis telah terdengar jeritan meminta tolong dari sungai berdekatan jeti lalu meluru ke arah suara berkenaan dan melihat seorang lelaki terkapai-kapai sebelum tenggelam.
"Pihak polis dan orang kampung yang berada berdekatan cuba turun untuk menyelamatkan mangsa namun gagal kerana keadaan arus sungai yang deras," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Mohd Razman berkata, pihak keselamatan segera menggerakkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di lokasi berkenaan.
Beliau memberitahu, usaha pencarian dilakukan oleh pihak polis dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu turut disertai orang awam.
"Mangsa berjaya ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM jam 4.20 pagi Ahad pada kedalaman 2.5 meter, kira-kira 10 hingga 15 meter dari lokasi dipercayai lemas.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 24 2024
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Lelaki terjatuh sungai ditemui lemas
Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan dengan Jeti Sungai Kerak, di sini ditemukan lemas awal pagi Ahad.